Assalammualaikum,
First of all, saya memanjatkan segala kesyukuran kerana Allah telah memilih saya untuk menjadi tetamuNya di tanah suci. Tanah yang di berkati. Tanah yang takkan dapat di masuki oleh al masih dajjal.
Ketika saat saya menulis ini, Allah menjadi saksi betapa saya merindukan Nabi kesayangan kita Muhammad saw.
Madinah. Tanah barakah. Tanah yang mengenggam jasad Nabi Muhammad saw. Tanah yang aman damai. Tanah yang mendatangkan ketengangan kepada sesiapa yang mendatangi bumi Madinah barakah.
Pengalaman pertama saya menunaikan solat jumaat, di Madinah. Ya Allah, syukur. Melihat saja pada gambar ini pn sudah memberi ketenangan pada saya.
Pada waktu ni seawal jam 2 pagi saya sudah bersiap menunggu di Madinah dengan harapan untuk memasuki Raudah, tapi masa ni saya tak tahu nak masuk ikut pintu mana dan waktu yang di benarkan masuk bagi wanita. Subuh di sana, lebih kurang jam 4 pagi. Tapi, walaupun waktu masih awal, tetapi masih ramai yang di sana, ramai yang beriktikaf di sana.
Masa ni, jiwa saya tenang. Tak dapat gambarkan ketenangan yang saya rasai. Bermula dari saat itulah, perasaan saya pada suami saya berbeza, berbeza dari sebelum ini. Allah swt hadirkan perasaan sayang itu berbeza. Dan saya bersykur kerana itu.
Gambar yang ni pula ketika saya baru keluar dari Raudhah. Saya berkenalan dengan 2 wanita hebat ini. Ukhuwah kerana Allah. Sayang kerana Allah. Sykur dapat menziarahi Nabi Muhammad saw. Syukur dapat apa yang saya hajatkan. Sykur Allah beri peluang utk saya menziarahi Nabi Muhammad saw.
Jika ada kelapangan, saya akan update entry seterusnya. In shaa Allah.
Assalammualaikum.